Reaksi Fitna (filem)

Beberapa negara termasuk Malaysia mengharamkan pengedaran dan penayangan Fitna kerana ia amat menyentuh sensitiviti di mana ia benar- benar menyinggung perasaan umat Islam[3].

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, dalam satu kenyataannya, memutuskan Fitna sebagai satu sendaan terhadap Islam dan menyeru supaya memboikot barangan Belanda. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata tindakan tidak menghormati sensitiviti umat Islam akan merenggangkan lagi hubungan antara Islam dan dunia barat[4]. Reaksi yang sama disuarakan oleh Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Filem tersebut juga mendapat kutukan dari negara-negara lain di dunia termasuk Australia dan Kesatuan Eropah. Dalam pada masa menolak paparan Fitna mengenai Islam, Kesatuan Eropah bagaimanapun mempertahankan hak untuk bersuara dan meminta masyarakat Islam bertindak rasional[5].

Filem Fitna adalah beberapa siri insiden karya seni dari Eropah yang dilihat sebagai menghina Islam dan umat Islam. Ia benar- benar tidak memaparkan tentang Islam yang sebenarnya dan mungkin ia akan menyebabkan orang memandang serong terhadap agama ini. Kontroversi lain sebelum ini termasuk penyiaran karikatur yang dianggap menghina Nabi Muhammad oleh akhbar di Denmark selain dari novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie pada tahun 1988.

Ramai pemerhati berpendapat, kelahiran filem ini adalah sebagai manifestani sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001[6].